Majlis Anugerah “Suriaku di China” Aktiviti Pendengar CRI Diadakan di Malaysia

>> Senin, 18 Januari 2010

3eff065dace64b989df79ce9e22388bbEmpat orang pendengar Malaysia memenang hadiah untuk melancong ke Beijing secara percuma dan boleh ditemani seorang lagi.

Majlis anugerah pemenang dalam aktiviti pendengar yang bertema “Suriaku di China” yang dianjurkan bersama oleh Radio Antarabangsa China (CRI) dan Radio “Suria” Malaysia diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Puan Heng Seai Kie dalam majlis tersebut menyatakan aktiviti ini merupakan julung kalinya bagi Malaysia dan mendapat sambutan hangat para pendengar. Beliau berharap kedua-dua stesyen radio tersebut terus meningkatkan kerjasama supaya menyediakan lebih banyak program bahasa Melayu yang bermutu bagi pendengar di Malaysia.

Kaunselor hal ehwal politik Kedutaan Besar China di Malaysia, Gu Jingqi pula menyatakan pihak media kedua-dua negara perlu terus berusaha bersama-sama agar memberi sumbangan lebih besar bagi memperkukuh persahabatan rakyat China-Malaysia.

Lebih 50 orang termasuk Pengerusi Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Abdul Majid Ahmad Khan, pemenang dan wakil media Malaysia lain turut hadiri dalam majlis tersebut.

d44c0a91535348fbbe35056e9616fb79Kaunselor hal ehwal politik Kedutaan Besar China di Malaysia, Gu Jingqi.

ca67e45a65ed462696569a3069062c69Timbalan Menteri Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Puan Heng Seai Kie.

0 komentar:

Tentang Blog Ini

Salah satu dari dua blog MAPEM Club (Klub Pendengar Radio dan Sahabat Online Indonesia)
http://mapem-atensi.blogspot.com
http://mapem-club.org

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP