Pojok QSL

>> Rabu, 14 Oktober 2009

POJOK QSL

Salah satu motivasi seseorang memonitor radio adalah untuk memperoleh kartu/surat verifikasi (QSL). Berbagai suka duka dialami dalam berburu selembar kertas yang bernama QSL ini. Ada yang bersusah payah melacak sinyal dalam suara yang berisik atau sayup-sayup, ada yang rela begadang semalam suntuk atau bangun dinihari mengikuti jadwal siaran radio dari benua yang jauh. Banyak DXers yang sabar menunggu sampai satu tahun lebih, dan tidak sedikit pula yang rela mengeluarkan dana asalkan mendapatkan kartu atau email verifikasi laporan penerimaan siaran ini.
DXers walau tidak selalu identik dengan QSL, tetapi para senior dalam hobi ini, menjadikan QSL sebagai satu-satunya alat ukur seberapa banyak stasiun atau transmisi yang berhasil dia dengarkan dan laporkan.
Dalam "Pojok QSL" ini kami akan memuat tulisan-tulisan yang berkaitan dengan QSL, baik dari pengalaman para senior maupun pengalaman pribadi sebagai salah seorang anggota komunitas pendengar siaran gelombang pendek. Anda dapat mengirimkan tulisan seputar QSL untuk kita berbagi bersama sesama pendengar melalui ATENSI (Blog MAPEM Club) ini.
( Editor : Bung MC )

10 Butiran Yang Mesti Ada Dalam LPS
Oleh : Wan Mokhtar Ramlee – Malaysia

Mengumpulkan atau mengutip kad-kad QSL atau kad-kad verifikasi dari stesen-stesen radio gelombang pendek adalah satu kemestian kepada pendengar radio gelombang pendek atau penDX. Hanya kad-kad itulah sahaja yang dapat jadi bukti sah yang seseorang itu telah benar-benar mendengar sesebuah stesen.
Untuk mendapatkan pengesahan dari stesen radio gelombang pendek, penDX harus mengemukakan kepada stesen radio gelombang pendek berkenan LPS atau Laporan Penerimaan Siaran. LPS harus mengandungi 10 butiran berikut agar dapat di QSLkan stesen pemancar :
1.Nama stesen atau Call Sign, contoh Voice of Malaysia Kuala Lumpur atau Suara Malaysia Kuala Lumpur, Voice of Indonesia Jakarta, Radio Austria Vienna, Radio Japan Tokyo, Radio Sweden Stockholm, China Radio International Beijing, Radio Korea International Seoul, Radio Singapura International dan sebagainya.
2.Frekuensi didengar, contoh 6175 kHz atau 49 meter band.
3.Tarikh didengar.
4.Waktu didengar, samada waktu local atau UTC.
5.Tuliskan secara ringkas apa yang didengar selama 10 atau 15 minit.
6.Rating kuanti audio menurut kode SIO (jika tidak faham SIO boleh juga huraikan secara deskriptif, contoh kedengaran audio kuat dan jelas, tidak ada gangguan dari stesen lain tetapi ada sedikit bunyi bising dengung dan mersik.
7.Komen Anda tentang siaran yang didengar.
8.Perincian tentang alat radio Anda, nama, nomor model dan jenis antenna. Contoh: Philips D8188/mi dengan antenna teleskopik.
9.Catatan, pesanan atau permohonan Anda kepada stesen berkenaan, dan
10.Tanda tangan Anda sebagai penDX yang membuat LPS itu dan jangan lupa sertakan alamat penuh Anda agar balasan dari stesen berkenaan sampai ketangan Anda dengan selamat.

Tidak tahu alamat kemana hendak dikirim LPS Anda? Jangan bimbang, jika Anda tekun dan sabar mendengar dengan teliti, kebanyakan stasiun radio gelombang pendek akan berikan alamat posnya samaada pada awal, pertengahan atau penghujung siaran. Siaran radio gelombang pendek bukan seperti siaran local yang mengudara berjam-jam lamanya (hamper sepanjang hari/malam). Kebanyakan menyiar antara 15 minit minima hingga 60 minit maksima.
Jadikanlah hobi memburu kad-kad QSL dari stesen-stesen radio gelombang pendek, Anda tentu akan mendapat kepuasan yang tersendiri darinya.

Catatan Redaksi :
Sekilas mengenai penulis artikel ini
Wan Mokhtar Ramlee adalah DXers yang beralamat di 319 Lorong Putih 3, Taman Rakyat Mergong 05150 Alor Setar, Kedah Malaysia.
Pak Lee adalah pendengar radio gelombang pendek yang begitu gigih dan tekun. Sebagai media komunikasinya dengan sesame pendengar, beliau membuat bulletin 1-4 halaman setengah folio untuk dibagi-bagikan kepada semua sahabatnya sebagai balasan atas surat yang diterima. Buletin itu diberinya nama Arena G.P (Arena Gelombang Pendek), edisi pertama dibuat pada bulan Nopember 1994. "Arena G.P pada awalnya hanyalah sekadar satu mukasurat dengan ukuran A4. ianya adalah 'surat' dari seorang pendengar radio gelombang pendek menghubungi teman-temannya dan juga menghubungi stesen-stesen RGP pilihannya." Matlamat AGP adalah mengembangkan hobi mendengar radio gelombang pendek sesame pecintanya dan memberi maklumbalas kepada stesen-stesen RGP dengan harapan agar input-input itu dimenfaatkan stesen-stesen demi para pendengar-pendengarnya. Apalah stesen RGP tanpa pendengarnya!!!
"Receiver saya ketika pertama kali mengirimkan AGP ialah Philips D8188/31 (sebenarnya sebuah radio cassette receiver). Ianya berDegital dan punya memori dengan jangkauan FM 87.5MHz dan GP/SW/AM 522-18200 kHz.", katanya.
Lee melanjutkan,"Dalam 'surat' perdana itu saya ceritakan mengenai bagaimana dan bila saya terlibat atau minat dengan pendengaran RGP. Saya juga cerita saat-saat paling gembira bagi seseorang penDX dan sebagainya. Sebuah stesen RGP besar, kuat dan terkenal di Asia telah mengudarakan 'surat' saya itu. Ramai teman-teman sehobi menghubungi saya setelah itu. Kami berkenalan/bersahabatpena dan langsung menukar informasi mengenai pelbagai aspek RGP, maka jadilah AGP rutin saya buat."
Lembaran AGP itu dibuat dua bulan sekali, dan seiring dengan kesibukan, maka AGP terakhir yang kami terima, edisi 51 Juli-Dec. 2002.

Beberapa Tulisan atau pengalaman yang sempat dimuat dalam AGP oleh Wan Mokhtar Ramlee antara lain :
1.Menunggu QSL selama 14 Bulan
Menunggu tibanya kad QSL bukanlah satu hal luar biasa. Tetapi menunggu, menunggu dan menunggu lagi selama lebih dari satu tahun sungguh luar biasa! Tapi syukurlah para penDX tidak bangun lalu berperang kerana diperlakukan begitu, mengapa? Para penDX adalah golongan manusia yang paling sabar dan dalam melaksnakan tugasnya ia merupakan golongan yang cukup tekun dan teliti sekali. Semua ini terbina dalam diri penDX karena mendengar atau memantau siaran-siaran radio gelombang pendek bukan semudah yang diharap-harapkan. Ianya sungguh berbeda sekali jika dibandingkan dengan mendengar siaran-siaran pada gelombang FM.
Sdr. Richard Lam menunggu 6 bulan untuk mendapatkan kad QSLnya, tapi ini bukan menunggu 6 bulan atau 8 bulan atau 12 bulan tetapi lebih dari setahun. Saya tetap gembira dan tetap dingin atau sabar meskipun menanti lebih satu tahun. Kegembiraan menerima kad QSL itu sudah cukup untuk memadamkan sekelian rasa kecewa dan amarah jika ada bersemi dalam kalbu kita. LPS yang dikirim ke SLBC Colombo, Srilanka pada tanggal 22 April diterima QSLnya pada tanggal 23 Juni tahun berikutnya.

2.Kode Penilaian Kualitas QSL
Saya telah ciptakan suatu system pemberian mata (poin) kepada kad QSL koleksi saya.
Mata Perincian
5 paling bagus atau terunggul
4 bagus
3 sederhana
2 buruk atau jelek
1 paling jelek
Kartu yang bernilai mata 5 adalah yang padanya tercatat butir-butir lengkap iaitu : a) Nama pendengar/pengirim LPS; b) Tarikh dengar; c) Frekuensi yang dipantau; d) Waktu UTC; dan e) tanda tangan petugas/pegawai stesen. 4 mata jika tidak ada tanda tangan petugas/pegawai stesen, nilai mata 3 jika hanya nama pengirim LPS ditulis dan tidak ada butir-butir yang lain atau hanya tertulis "Your report virified correct." 2 mata jika jika nama pengirim LPS tiada pada kad QSL sedangkan data lainnya ada dan mata 1 jika tiada nama pengirim LPS dan catatan tidak komplit.
Berdasarkan pemberian mata terebut, sejumlah kad QSL saya saya beri nilai sebagai berikut :
Tahun Stesen Mata
1994 RKI-KBS 4
1994 AWR 4
1994 R. Sweden 5
1994 DW-Koln 3
1994 RJ-NHK 5
1994 RNZI 1
1998 R.M. Sibu 5
1998 Caroline 5
1999 Brussels 2
1999 Ethiopia 5
1999 Tashkant 4

3.Memancing Ikan Sambil Memancing QSL
DXers asal Singapura Richard Lam menceritakan pengalamannya kepada Wan Mokhtar Ramlee tentang pengalamannya mendengarkan radio sambil memnacing ikan. Richard Lam berlayar di Laut China Selatan (sekitar Pulau SIbu, Mersing) dengan tujuan khusus untuk memancing ikan. Disamping membawa joran, jala dan lain-lain kelengkapan untuk menangkap ikan, Richard Lam juga taidak lupa membawa radionya sebuah SONY ICF-2010 untuk menangkap gelombang radio.
Ekspedisi menangkap ikan ini sungguh membawa hasil lumayan. Beliau menangkap banyak sekali, sayangnya yang banyak ditangkap itu bukan ikan melainkan siaran-siaran radio.
Menurut Richard Lam, menDX di lautan khususnya pada lokasi yang disebutkan diatas memberi hasil yang cukup bagus sekali. Richard mendengar Radio Myanmar dalam bahasa Inggris frekuensi 575 kHz pada pukul 14.30 UTC dengan SINPO 43333. Seterusnya Richard menangkap siaran-siaran gelombang MW di lokal itu seperti : 14.15 UTC Radio Voice of Vietnam, Hanoi Programa domestic 2 pada frekuensi 549 kHz dan 702 kHz dengan kuliah belajar bahasa Vietnam bagi pembahasa Inggris. 15.00 UTC Radio Thailand, TRAT pada frekuensi 1584 kHz dan Radio National Voice of Cambodia siaran domestic pada frekuensi 740 kHz.
Stesen-stesen FM juga dapat dipantau dari lokasi itu dan Richad mendengar mendengar Radio Malaysia Saluran 1,2,3,4,5,6 RM. Saluran Musik dan Best 104 FM, THR, Stesen-stesen ASTRO, RFM, RCS FM 98.7 dan LOVE 97.2 juga dapat ditangkap.
Selepas waktu subuh Richard sampai balik ke daratan dari ekspedisi memancing di Laut China Selatan. Richard merasa sungguh puas diatas keberhasilan tangkapan pancingannya itu walaupun tidak seekor ikanpun yang tertangkap.

4.Mengelilingi Dunia Setiap Waktu Yang Disuka
Aditya Sudarman adalah DXers senior yang tinggal di Kuala Lipis, Pahang Malaysia. Siapa menyangka walau dalam kondisi ekonomi krisis, beliau bias mengelilingi dunia setiap waktu yang dikehendakinya. Memang aneh, memang aneh, memang mustahil. Tetapi bagi bagi Aditya Sudarmawan ianya tidak mustahil karena beliau bepergian dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan hanya memutar tombol untuk mengerak jarum pada radionya. Pukul 20.00 (8 malam) beliau berada di Kuala Lumpur pada 6175 kHz Suara Malaysia, lalu berpindah ke Jepang pada pukul 20.15 menerusi Radio Jepang, dan mungkin akan segera terbang lagi ke Montreal Canada dan seterusnya.
Pengalaman yang mengasyikkan ini beliau garab setelah berkecimpung dalam wadah persahabatan KDRSI – Kumpulan penDengar Radio Singapura International. Disamping minda berkembang, pengtahuan mendalam, kenalanpun banyak. Boleh saya katakana tanpa wang, tanpa dokumen perjalanan, dengan hanya mendengar radio saya bias mengelilingi dunia setiap waktu."

5.Kekecewaan Seorang PenDX
Seseorang yang menjadikan DXing (mendengar radio gelombang pendek) sebagai hobi, lambat laun akan timbul pula minat untuk mengumpul kad-kad QSL.
Menyiapkan suatu Laporan Penerimaan Siaran (LPS) bukan satu kerja gampang. Seseorang penDX harus mendengarkan dengan penuh tumpuan selama antara 10 sampai 30 minit dan mencatatkan secara ringkas apa-apa yang didengarkan. Ada stesen-stesen radio gelombang pendek yang oleh sebab factor-faktor tertentu siarannya kedengaran seolah-olah berbisik dan ditambah pula dengan gangguan-gangguan dari berbagai macam bunyi bising hingga mendengarkannya menjadi suatu penyiksaan. Namun begitu, penDX tetap sabar dan gigih melaksanakan tugasnya iaitu menyiapkan LPS. Apatah lagi sukarnya bagi penDX yang miskin seperti saya yang pakai receiver murahan tanpa digital tuning. Ringkasnya boleh kita simpulkan bahawa sesuatu LPS hanya dapat dibereskan setelah penDX curahkan kedalamnya banyak waktu, tenaga dan wang.
Dapatkah Anda bayangkan betapa kecewanya penDX apabila LPS yang dikirimkannya tidak berbalas? Lebih mengecewakan apabila stesen-stesen meminta Anda kirim wang dalam bentuk lembar IRC (setelah LPS diterimanya) sebelum dikeluarkan kartu QSL. Kerja seperti ini yang saya tahu dilakukan oleh Radio New Zealand International di Wellington. Oleh sebab saya begitu inginkan kad QSLnya maka sayapun lalu mengirimkan kepadanya apa yang diminta. Selepas itu kad QSL darinya pun saya terima; sebuah kartu yang paling jelek dengan tiada nama saya dicatat padanya!! Saya namakan kad QSL dari RNZI itu sebagai kartu QSL paling jelek di dunia!!

6.Indah Khabar Dari Rupa
Lee Siew Chin satu lagi penDX di Malaysia yang memberi kontribusi kepada Arena GP. Dia menceritakan betapa kecewanya ia dengan sikap sesetengah stesen radio gelombang pendek internasional. "Dalam suratnya kepada saya baru-baru ini beliau mengungkapkan beberapa kejadian. Pertama-tama beliau terasa ketipu kerana setelah mengikuti beberapa kali acara 'Seni & Budaya' pada sekian tarikh oleh sebuah stesen 'gergasi' yang gah dan mengutus 3 pucuk surat pada tarikh-tarikh berlainan tapi TIDAK PERNAH DIBALAS. Sang penyiar dalam acara tersebut menjanji kepada setiap yang mengutus surat, kononnya akan mendapat setem dan lain-lainnya. Menurut Siew Chin lagi, ada pula stesen yang kurang prihatin hingga perlu menulis beberapa kali hanya untuk mendapat selembar Brosur Panduan Siaran."
(Sumber : Arena GP dan surat-surat Wan Mokhtar Ramlee kepada MAPEM Club)

0 komentar:

Tentang Blog Ini

Salah satu dari dua blog MAPEM Club (Klub Pendengar Radio dan Sahabat Online Indonesia)
http://mapem-atensi.blogspot.com
http://mapem-club.org

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP